CaraPengiraan Harga Kabinet Dapur
Pengalaman pasang kabinet dapur ni sebenarnya tiba-tiba
je... Selalu dengar cerita orang pasang kitchen kabinet ni sampai
berbelas-belas ribu. Sampailah satu hari ofismet MMS gambar kabinet dapur yang
baru dipasangnya. Cantik tetapi murah harganya seperti di entry
Kabinet Dapur 3D Murah.
Kitchen cabinet yang harganya murah ni ada beberapa faktor yang tentukan tau...
yang utama adalah JENIS KAYU. Makin berkualiti kayu makin mahal harga. Kemudian
SAIZ iaitu makin panjang kabinet makin mahal harga. Jadi cara nak dapatkan
harga murah ialah è kurangkan saiz dan ambil jenis kayu yang tak
berapa berkualiti. Senang je kan?
Saiz untuk kabinet dinding (wall unit) mesti MURAH sikit berbanding saiz
kabinet lantai (base unit) atas faktor kedalaman. Sila beli tali tape ye,
rekod siap-siap ukuran dapur anda sebelum pergi kedai...
Harga keseluruhan meliputi harga kabinet, handler, penyedut asap, dapur, pili
paip, rak pinggan, spoon tray, sinki dan labour cost plus delivery.
Ini contoh kabinet dapur ofismet saya. Dibuat oleh kedai
yang sama. Harga dalam pakej untuk kabinet 3D ialah RM4,500 untuk 10 kaki
atas dan 10 kaki bawah. Ofismet saya tambah 2 kaki lagi untuk kabinet
bawah menjadikan harga keseluruhan mencecah RM5,090.
Tips:
1) Harga kabinet kita survey dengan cara pengiraan harga satu kaki"Berapa
harga kabinet 3D untuk satu kaki base unit? Wall unit berapa" dari
jawapan itulah kita boleh tahu outlet tu mahal ke murah. Same goes if you
survey to wardrobe and book case price. Contohnya kedai yang saya pergi tu:
Kabinet 3D berharga RM 230 satu kaki untuk base unit.
Solid Nyatoh dan Fomika berharga RM 195 satu kaki untuk base unit.
Melamin ABS berharga RM 180 satu kaki untuk base unit.
Kenalpasti berapa RM beza wall unit dengan base unit. Kalau tak banyak beza
better ambik 3D sebab cantik sikit.
2) Rancang kedudukan peralatan dapur untuk tahu keperluan kita.
- Paling kritikal kedudukan tingkap dan saiz tingkap sebab bila dah ada
tingkap... peti ais dan dapur gas berhud kena taruk tempat
berdinding.
- Untuk dapur sempit, sebenarnya dapur panjang lebih mudah diurus berbanding
dapur empat segi sebab balance dengan kedudukan tingkap. Faktor ini akan
tentukan kedudukan sinki either 2 bowl or 1 bowl.Dapur Masreena tak boleh
pasang 2 bowl sebab beri kesan unbalance pada kedudukan tingkap yang terlalu
besar pada dapur yang sempit.
- Stove tak boleh locate di tingkap, hanya boleh pasang di dinding je sebab
kena tebuk hud (penyedut asap).
- Punca elektrik pun satu faktor kritikal which you need to consider.
Leceh tau tak.... unless kalau buat renovation mungkin keadaan boleh
diperbetulkan... tapi aku tak koser nak renovate sebab takde duit hahaha....
Mula-mula designer tu buat macam ni. Harga RM 3,850 (Kayu
melamin). Tapi Masreena tak setuju bentuk L memandangkan sebelah kiri ada dua
power supply (untuk periuk nasi dan oven). Jadi kena ada base unit juga.
Then dia betulkan design buat bentuk U. Sinki daripada 2
bowl jadi 1 bowl je sebab ada design isu (corner). Dengan pertambahan base unit
dan wall unit... harga melonjak jadi RM 5,480! Terus berbelah bagi nak buat
bentuk L ke U??
Last sekali Masreena request model Fomeka bentuk L berharga
RM 4,897 iaitu meliputi:
Base unit RM 195 x 11.5' = RM 2,242.50
Wall unit RM 175 x 9' = RM 1,575
Dapur = RM 370
Sinki 1 bowl = RM 180
Tap = RM 90
Plumbing = RM 160
Laci = RM180
Kalau perasan Masreena dah potong penyedut asap sebab boleh
install kemudian, cuma push kabinet naik atas je kasi terjongket sket untuk
pasang hud tu... bukan apa, dapur ni dibuat sebagai dry kitchen je since
Masreena buat yard masak belakang rumah, that's why penyedut asap belum
diperlukan lagi buat masa ni. Bagi saya sebenarnya lagi best masak dan sidai
baju kat open air... aku siap planning nak beli kukur kelapa lagi nak letak kat
yard taw!
Tapi Masreena nak jugak ada base sebelah kiri sebab rugi
tau... situ kan ada dua power supply. Tapi, kalau nak tambah base unit nanti
makin mahal jadi. Sudahnya.... Masreena dapat idea gantikan base unit dengan
tambah counter bar!
3) Harga counter bar sepanjang 3 kaki cuma RM 240 instead of RM 585
kalau pasang base unit.
Maka jumlah semua sekali RM 4,897 + RM 240 = RM
5,137.50. Mintak diskaun dapatlah RM 5,000.00.
Inilah gambarnya dah siap pun. Sengaja pilih atas bawah
lain-lain warna untuk kesan ceria.. cewahh
Kaunter bar kena rendah sikit ikut tinggi meja makan, tak
boleh sama aras dengan base unit nanti susah nak cari kerusi yang sesuai. Mak
tak koser susahkan diri tau nyah...
Sinki 1 bowl sebab kalau 2 bowl tak boleh suit dengan
corner. Tu laa design tingkap dengan space dapur memang teruk tau... apa
punya developer laaa
Blind ni pun satu hal nak install... Nasib baik ada Mc
Guyver tolong pasangkan, aku siap beli Drill ko tahu tak?
Tengok tu, tanda harga langsir pun belum sempat buang,
excited ko nak amik gambar sampai tak menyempat-nyempat.... hehehe
Masreena harap entry ni akan bagi manfaat kepada pembaca sebab
saya tahu, ramai berminat nak pasang kitchen cabinet tapi tak tahu costing nak
kira camane untuk dapatkan harga murah dan mampu milik. Kitchen cabinet ni
CRITICAL issue untuk storage management. So after this korang akan buka
lembaran baru untuk dapur masing-masing (amin).
CABINET ENTERPRISE
+60126504469 è SAYUTI







